Monday, December 24, 2012

sahabat sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
 
(sahabat sejati- unic)
 
..............................................................................
 
 
Assalamualaikum . :)
 
rasa lama dah tak update blog . sebabnya aku dengan family aku pergi bercuti kat pulau langkawi . WHOOT ! WHOOOT ! langkawi ! haha . saja nak release tensyen . . ramai jugak la yang cakap kenapa tak pergi pulau yang dekat-dekat je kalau setakat nak tengok pantai and nak tengok scenery yang cantik . tak lah membazir sangat . haha . sebenarnya kitorang satu family saja nak jalan jauh lari dari tempat sendiri jap . tak ada lah terserempak dengan orang yang kami kenal . . tapi , yang nak membuktikan dunia ni kecil je , ayah jumpa juga dengan orang yang pernah pergi kursus haji ayah aku . haha . last day kat sana pun aku jumpa dengan cikgu aku kat jeti . time tu cikgu aku baru sampai , aku dah nak balik dah .
 
ehhh , sebenarnya dalam kepala ni nak taip pasal bende lain tibe-tibe melalut pasal langkawi pulak kan . haha =]
 
okay ! lirik nasyid kat atas ni antara lagu yang aku suka . . aku suka lagu ni sebab kalau aku teringat dekat kawan-kawan lama aku yang dah lost contact , dan kawan-kawan yang dah tak nak contact aku dah , lagu ni menenangkan . . sejujurnya aku cakap , aku susah nak dapat kawan yang betul-betul rapat dengan aku . orang lain boleh nampak aku macam banyak kawan yang rapat dengan aku but actually i'm not . aku bukan seorang yang nak start conversation dengan orang . tambah lagi kalau orang yang aku baru kenal . . ramai tak percaya ke ? haha . . betul lah . kalau kat social network tu memang aku main aci redah je tegur orang . tapi in real life aku susah nak tegur orang yang aku rapat kat laman sosial .
 
so , once aku ada kawan yang rapat dengan aku and kawan yang boleh dengar celoteh , tahan dengan perangai aku and kami boleh kongsi suka duka kami , memang aku akan sayang kat dia . . even kalau aku tahu yang dia pernah kutuk or kenakan aku sekali pun aku senang maafkan dia . aku akan try untuk tak sakitkan hati dia ,memang jaga habislah friendship kitorang . tapi kadang-kadang rasa macam bodoh pun ada jugak sebab aku buat baik dengan dia tapi dia ambik kesempatan daripada friendship yang aku cuba jaga ni . tapi yang buat aku still nak jaga friendship tu disebabkan umi aku selalu cakap , kalau orang buat jahat kat kita jangan kita balas dengan kejahatan jugak . kalau kita layan orang tu dengan baik InsyaAllah , dia akan sedar keikhlasan kita . aku ingat aku dah jaga dengan elok frienship ni tapi rupanya tak . ada yang aku terlupa dan tertinggal tanggungjawab aku bila kawan dengan dia . lastly hubungan kami tergantung secara tiba-tiba je . kalau nak kata kitorang boleh terpisah sebab long distance friendship tapi rasanya tak kut . . long distance friendship tu bukan faktor utama kitorang berpisah . tapi disebabkan tak ada dah kepercayaan dan loyalty antara kitorang . aku tak pernah salahkan dia sebab setiap orang boleh pilih dia nak kawan dengan siapa pun . tapi apa yang aku sedih sebab walaupun dia kawan dengan aku olok-olok je , tapi dia selalu ingatkan aku kalau aku terleka akan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah , anak kepada ibu bapa yang membesarkan aku , dan sebagai anak murid yang nak menuntut ilmu dunia dan akhirat . aku cuba lagi untuk contact dia tapi , tak bebalas . . aku takut kalau aku memutuskan hubungan yang terbina atas perjumpaan kitorang dalam satu program mewakili sekolah masing-masing . . tapi apa yang aku nak dia tahu , aku sayang kan friendship kami insyaallah sampai akhir hayat aku . . aku akan doakan dia bahagia dan sjehatera dengan hidup dia . . terima kasih .
 
 
=]

No comments: